Tular Aksi Asnawi Mangkualam Jadi ‘Lubuk’
Dunia
Ansan Greeners
Advertisements

Pemain pertahanan Ansan Greeners, Asnawi Mangkualam telah diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang Gwangju FC. Pemain yang berusia 22 tahun ini diberi kepercayaan untuk menggalas posisi di pertahanan kanan.

Bagaimanapun, aksi Asnawi tampak hambar dan telah menerima kritikan hebat daripada ramai pihak. Jurulatih Asnan Greeners, Jo Min-guk turut meluahkan rasa kecewa terhadap prestasi Asnawi dalam perlawanan tersebut.

Bahagian kanan Ansan Greeners seolah menjadi ‘lubuk’ buat barisan serangaan Gwangju FC mencetak jaringan. Pada minit ke-17 permainan, penyerang Gwangju FC, Kun-Hee Lee telah mencetak nama sebagai penjaring selepas mudah mengatasi kawalan Asnawi Mangkualam.

Advertisements

Tersentak dengan jaringan dan aksi hambar Asnawi, pengendali Asnan Greeners membuat keputusan untuk mengeluarkan Asnawi pada minit ke-24 permainan. Asnawi telah dikeluarkan dan digantikan dengan seorang pertahanan kiri dari Korea Selatan, Ye-Sung Kim.

Perlawanan tersebut menyaksikan kekalahan kedua Ansan Greeners setakat lima perlawanan dalam musim ini. Ansan Greeners tewas keatas Gwangju FC dengan keputusan 2-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram