Ucapan Perpisahan Mano Polking Buat Park Hang-seo Amat Menyentuh Hati
Dunia
Changsuek
Advertisements

Tamatnya final Piala AFF 2022 bukan sekadar menyaksikan Thailand bergelar juara buat kali ketujuh. Tetapi itu juga perlawanan terakhir Park Hang-seo sebagai jurulatih Vietnam – satu hakikat yang disedari jurulatih Gajah Perang, Mano Polking.

Justeru, tidak hairanlah mengapa jurulatih Thailand berdarah Brazil-Jerman itu menyifatkan legasi yang ditinggalkan Hang-seo amat besar bukan saja di Vietnam tetapi juga di peringkat ASEAN.

Ini dapat dilihat dalam ciapan Polking di Twitter semalam. “Menang dan kalah merupakan sebahagian daripada tugas dan adat permainan.

Advertisements

“Tetapi legasi yang ditinggalkan anda di Vietnam akan diingati buat selama-lamanya! Saya suka minat anda terhadap sukan ini dan punya rasa hormat yang besar.

“Saya ucapkan selamat berjaya kepada anda dalam mendepani cabaran seterusnya, Encik Park (Hang-seo). Kami akan merindui anda! Selamat berjaya,” katanya.

Hang-seo masih berteka-teki tentang pasukan mana yang bakal disertainya selepas ini. Tetapi beliau sudah menafikan bakal mengambil alih tugas Shin Tae-yong sebagai jurulatih Indonesia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram