Pasukan Perak FC tampil cemerlang selepas berjaya meleburkan rekod sembilan perlawanan tanpa kalah pendahulu Liga Premier, Kelantan FC dengan keputusan 2-1.
Namun, terdapat insiden aneh yang berlaku ketika perlawanan dan juga selepas tamat perlawanan.
Pemain Perak FC, Sunday Kolawole Afolabi bertindak memanaskan lagi keadaan dengan aksi tak masuk akal yang dilakukannya ketika 5 minit sebelum tamat permainan.
Kemudiannya, penyokong Perak FC turut dibaling batu dan juga terpaksa dikumpulkan ditengah padang akibat tindakan luar kawalan daripada penyokong Kelantan.
CEO Perak, Farid Shamsudin atau Ariesham membuat satu hantaran di laman Facebook miliknya semalam dimana beliau mahu penyokong Kelantan untuk terima kekalahan dengan hati terbuka dan bertindak profesional sebagai seorang penyokong.
“Sedikit pesanan.
“Terima kekalahan dengan hati yg terbuka. Belajar lagi erti profesional in sukan.
“Wa dah main world level la Mat,” kata CEO Perak dia Facebook.
Dalam pada itu, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman memuat naik status di laman Facebooknya yang beliau terima keputusan tersebut dengan profesional.
Namun, beliau berharap agar pemain Kelantan FC tidak berlakon seperti pemain Perak yang cuba untuk melengahkan masa yang memakan masa sehingga 20 minit.
Hantaran daripada CEO Perak ini memberi tanggapan yang negatif dari segelintir penyokong Perak dimana mereka menganggap ia satu kata-kata provokasi.
Ada yang mengatakan bahawa insiden pergaduhan bermula daripada penyokong Perak FC dan ada juga yang mengatakannya bermula daripada penyokong Kelantan.
Akan tetapi, yang salah tetap salah ianya harus dihukum atau diberi pengajaran yang berguna supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.