Zaquan Adha: Saya Pulang Bukan Untuk Habiskan Karier
Dunia
Instagram: @nsfc1923
Advertisements

Penyerang pasukan Negeri Sembilan FC, Muhamad Zaquan Adha Abdul Razak menegaskan kepulangan beliau ke negeri kelahirannya bagi menyertai pasukan Negeri Sembilan merupakan salah satu usahanya untuk membantu pasukan tersebut kembali mewarnai kancah Liga Super.

Pemain berusia 34 tahun itu menjelaskan, keputusan yang diambil untuk pulang ke kampung halaman itu adalah untuk menabur bakti kepada pasukan itu setelah beberapa musim tidak berjaya untuk naik ke Liga Super.

‘Apabila saya pulang ke Negeri Sembilan, saya memang berjanji pada diri sendiri yang saya balik bukan untuk menghabiskan karier tetapi mahu berbakti kepada pasukan (Negeri Sembilan).’

Advertisements

Bekas kapten pasukan kebangsaan ini juga tidak pernah melupakan tempat bermulanya perjalanan kariernya yang panjang dengan pelbagai kejuaraan yang telah berjaya dikecapi sepanjang bergelar pemain.

Tambah pemain itu lagi, beliau sangat optimis jika rezeki memihak kepada pasukannya, mereka mampu untuk mencipta kejutan untuk menjadi juara Liga Premier musim ini.

‘Jika rezeki kita juara, ini adalah kerjasama rakan-rakan dan pengurusan.’

Advertisements

Zaquan sedang menikmati prestasi terbaiknya untuk membantu pasukan terus menghambat kedudukan pertama selepas berjaya menjaringkan 7 gol pada musim ini.

Beliau juga menjadi salah seorang pemain tempatan yang paling banyak menjaringkan gol dan hanya terpisah satu gol sahaja dengan penjaring tempatan terbanyak iaitu Norshamil Abd Ghani yang merupakan penyerang pasukan Kelantan FC.

Kini, pasukan kendalian K. Devan itu sedang menghuni tangga teratas liga selepas 19 perlawanan dengan mengumpul 38 mata, hanya satu mata dipisahkan dengan pasukan di tangga kedua iaitu Sarawak United.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram