AFF U23: Bagaimana Malaysia ‘Bantu’ Indonesia Layak Ke Separuh Akhir Piala AFF
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Kemaraan pasukan b-23 Indonesia ke pentas separuh akhir AFF U23 mengundang pelbagai tanda tanya oleh penyokong bola sepak Asia Tenggara.

Pasukan bimbingan Shin Tae-yong berjaya meraih 3 mata dari dua perlawanan peringkat kumpulan.

Merujuk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh AFF, empat pasukan yang layak ke separuh akhir Piala AFF U-23 2023 terdiri daripada tiga juara kumpulan dan satu runner-up terbaik.

Advertisements

Walau bagaimanapun, timbul persoalan mengenai kemaraan Indonesia sedangkan mereka memungut mata yang lebih rendah berbanding pasukan tangga kedua Kumpulan A iaitu Kemboja.

Kemboja menghabiskan saingan peringkat kumpulan di belakang Thailand dengan 4 mata daripada 3 perlawanan namun tidak cukup untuk membawa mereka ke separuh akhir.

Hal ini disebabkan Indonesia berjaya menjadi runner-up terbaik dan posisi kedua dan ketiga dihuni oleh Kemboja dan Filipina dengan satu mata dalam perebutan runner up terbaik Piala AFF.

Advertisements

Kemboja meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Brunei sebelum seri dengan Myanmar 1-1.

Kemenangan ke atas Brunei bagaimanapun tidak dikira kerana Kumpulan A dihuni oleh empat pasukan manakala kumpulan lain hanya tiga pasukan.

Oleh yang demikian, mata yang dipungut oleh pasukan paling bawah tidak dikira untuk dinobat selaku runner-up terbaik.

Advertisements

Setelah Kemboja tewas kepada Thailand, mata yang dipungut oleh mereka hanyalah satu mata sahaja, sama seperti Myanmar yang juga menang ke atas Brunei semalam.

Kemenangan bergaya Malaysia ke atas Timor Leste menyaksikan Indonesia berada pada kedudukan yang selamat untuk ke separuh akhir.

Aksi separuh akhir bakal menyaksikan Indonesia membuat perhitungan menentang Thailand manakala Malaysia melayan Vietnam dalam misi mara ke final.

Advertisements

Kedua-dua aksi ini akan berlangsung pada 23 Ogos 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram