Wakil Thailand di Liga Juara-Juara AFC (ACL), BG Pathum United dan jaguh Korea Selatan, Ulsan Hyundai menghadapi ujian mencabar menjelang sepak mula kejohanan tersebut.
Aksi Kumpulan I menyaksikan pertembungan aksi awal melibatkan BG Pathum dan Ulsan Hyundai Di Stadium Munsu iaitu gelanggang kelab Korea itu.
Mereka bagaimanapun perlu mengharungi satu aksi terakhir dalam liga apabila kelab gergasi Thailand itu akan berdepan sebuah lagi jaguh senegara, Muangthong United pada 16 September 2023.
Ulsan Hyundai yang kini mendahului saingan K1 League bakal kunjungan Daejon Hana tatkala pasukan gagal menemui rentak yang diharapkan.
Pasukan bimbingan Hong Myung-bo kini berada dalam prestasi yang cukup kritikal selepas hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 5 aksi terakhir.
Sebelum ini, Ulsan diikat berdepan FC Seoul dan juga Daegu sementara tewas menentang Gangwon dengan keputusan 2-0.
Keadaan yang sama juga dilalui oleh BG Pathum apabila baru mencatat kemenangan pertama liga berdepan Uthai Tani dengan keputusan 2-0.
Sebelum itu, mereka diikat PT Prachuap dan Police Tero sungguhpun berjaya melakar kejutan apabila menewaskan Shanghai Port pada pusingan Kelayakan ACL 23/24.
Aksi pembukaan ACL menyaksikan JDT bakal melayan kunjungan Kawasaki Frontale manakala Ulsan berdepan BG Pathum dalam saingan kumpulan yang cukup sengit.
Pada musim 22/23, BG Pathum berjaya mara ke suku akhir kejohanan ini manakala wakil tunggal Malaysia, JDT ke pusingan 16 terbaik sebelum tunduk kepada Urawa Reds.
Kemenangan dalam aksi akhir saingan liga bakal menyuntik moral terbaik untuk dibawa ke saingan ini.