Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Soh Chin Aun
Dunia
@Crhedrys
Advertisements

Cristiano Ronaldo menitiskan air mata selepas Portugal disingkirkan Maghribi dari suku akhir Piala Dunia 2022. Tetapi beliau turut memecahkan rekod legenda bek tengah negara, Datuk Wira Soh Chin Aun dengan membuat penampilan sebagai pemain gantian dalam perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan tersebut, jurulatih Portugal Fernando Santos memasukkan Ronaldo dengan harapan dapat menembusi gawang Maghribi. Ini menjadikan penampilannya ke-196 menyamai rekod penampilan pemain Kuwait, Bader Al-Mutawa, Tetapi kemasukannya gagal mengubah keputusan perlawanan dengan Portugal kecundang 1-0 kepada Singa Atlas pada hari itu.

195 penampilan Chin Aun melayakkan beliau menjadi sebahagian daripada Kelab Seabad FIFA iaitu kumpulan pemain yang mempunyai 100 perlawanan dan ke atas. Tetapi beliau bukan satu-satunya wakil Malaysia dalam kumpulan eksklusif ini kerana ia turut mengandungi nama Dato’ Zainal Abidin Hassan, Datuk Shukor Salleh, Datuk Santokh Singh, and the late Datuk M. Chandran, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk R. Arumugam.

Advertisements

Chin Aun berupaya mencipta pencapaian mengagumkan itu kerana bermain dalam pasukan kebangsaan dari 1969 hingga 1984. Shukor mencatat penampilan antarabangsa kedua terbanyak dengan 163 penampilan, Mokhtar (138 penampilan) dan Arumugam (131 penampilan). Sementara Zainal Abidin, Chandran dan Santokh masing-masing mencatat 116, 115 dan 100 penampilan.

Tetapi sekiranya ada yang berharap Ronaldo dapat mencipta rekod baru dengan 197 penampilan, itu masih tidak diketahui. Dengan pelbagai drama yang menyelubungi Portugal akibat kerenah legenda Real Madrid itu sepanjang kempen Piala Dunia 2022, sukar untuk melihatnya kembali bersama pasukan kebangsaan selepas ini.

Mengikut rekod Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Chin Aun sebenarnya merekodkan 252 penampilan bersama Harimau Malaya. Bagaimanapun, hanya 195 penampilan yang dikira FIFA memandangkan ia dikelaskan sebagai perlawanan berstatus Kategori A.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram