Danial Amier Kekal Di Kuching City Semusim Lagi
MakanBola
Kuching City FC

Danial Amier Norhisham terus menjadi tonggak utama Kuching City FC apabila kekal bersama kelab itu secara pinjaman selama semusim lagi.

Selepas menyertai The Cats pada musim 2024/25 secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Danial menjadi tonggak utama di bahagian tengah.

Ini terbukti apabila beliau merekodkan 18 penampilan, satu gol dan dua bantuan gol sepanjang musim tersebut.

Kini, pengurusan Kuching City memaklumkan Danial akan kekal bersama pasukan itu selama semusim lagi.

“Tempoh pinjaman dilanjutkan! Khidmat beliau bersama pasukan belum berakhir! Danial Amier terus kekal di Kuching City FC untuk musim ini!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Selain Danial, The Cats turut mengekalkan 13 pemain bagi menghadapi musim 2025/26. Ini termasuk bek kanan, Jimmy Raymond dan bekas pemain sayap kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin.

Kuching City turut mendapatkan khidmat Ramadhan Saifullah secara tetap. Turut sama menyertai The Cats ialah Danial Asri dan penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli.