“InsyaAllah Kita Boleh Layak Ke Final” – Fergus Tierney
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

“Terima kasih kepada penyokong (Malaysia) yang selalu sokong kita dan insyaAllah kita akan layak ke final.”

Ini kata-kata pemain berdarah Scotland yang kini memiliki pasport Malaysia, Fergus Tierney sejurus perlawanan tamat seperti yang disiarkan Twitter Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau menjadi wira buat skuad Malaysia bawah 23 tahun selepas berjaya menjaringkan 2 gol menentang Indonesia sekaligus menjadi watak penting kebangkitan Malaysia dalam aksi sulung Malaysia dalam edisi kali ini.

Advertisements

Jaringan Fergus Tierney pada minit 54 dan 62 memastikan Malaysia raih 3 mata penuh sekaligus mendahului carta Kumpulan B Piala AFF B-23 2023.

Peluang Malaysia untuk mara ke separuh akhir semakin cerah selepas lawan seterusnya adalah Timor Leste yang dijadualkan bertemu Malaysia 22 Ogos ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram