Advertising
“JDT Tak Bernasib Baik Tersingkir Dengan Cara Sebegini” – Tunku Ismail
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor akur menerima kekalahan pasukan milik Baginda di tangan Buriram United pada Selasa.

JDT turun melayani kunjungan Buriram United dalam aksi timbal balik kedua AFC Champions League Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim dengan agregat semasa terikat seri 0-0 minggu lalu.

Ad

Hasrat besar JDT untuk meraih kemenangan di laman sendiri bagi memperoleh tiket ke suku akhir ACLE tidak kesampaian apabila Suphanat Muenta muncul wira buat Buriram dengan jaringan tunggal perlawanan.

Ad

Kekalahan ini tampak cukup menyakitkan tatkala skuad yang diberi julukan Harimau Selatan ini semakin hampir mencipta sejarah baharu kelab bagi berada dalam kelompok 8 pasukan terbaik ACLE.

Walau bagaimanapun, DYAM Tunku Ismail menerusi satu kenyataan menganggap kesempatan JDT untuk beraksi di pentas Asia seperti ini sebagai suatu penghormatan yang cukup besar.

Ad

“Ia sentiasa menjadi satu penghormatan dan keistimewaan bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi dalam kejohanan elit Asia,” ujar DYAM Tunku Ismail di laman X.

Ad

Secara keseluruhan, DYAM Tunku Ismail berasa berbangga melihat perjuangan hebat para pemain JDT meskipun akur terkeluar dari saingan ACLE musim ini dengan keputusan seperti ini.

Ad

“Saya berbangga dengan kelab ini yang berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.”

“Namun, kami tidak bernasib baik untuk tersingkir dengan cara sebegini dalam perlawanan malam tadi, termasuk beberapa keputusan.”

Di sebalik keputusan ini, DYAM Tunku Ismail mengambil sepenuh tanggungjawab dan berjanji akan terus komited untuk melabur di dalam pasukan demi melihat JDT terus bersaing di peringkat tertinggi.

“Apa-apapun saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya keputusan malam tadi.”

“Saya bertekad untuk meletakkan Johor di peta bola sepak dan bersaing dengan pasukan terbaik di Asia serta komited untuk terus membuat pelaburan bagi memperkukuh JDT di dalam dan luar padang.”

“Kami telah mengenalpasti beberapa kelemahan di dalam pasukan dan sudahpun mempunyai perancangan baharu sejak beberapa bulan yang lepas. Kami sedang menunggu jendela perpindahan dibuka semula sebelum musim hadapan.”

Di akhir kalam, Baginda sempat menzahirkan ucapan terima kasih buat penyokong JDT di atas sokongan tidak berbelah bahagi selain turut mengucapkan selamat maju jaya untuk Buriram United.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong JDT atas sokongan luar biasa di Stadium Sultan Ibrahim. Ia sekali lagi mencatat kehadiran tertinggi di laman sendiri.”

https://twitter.com/hrhjohorii/status/1899510165424181643?s=46&t=hF02AMRFqN0utYK8xhYliw

“Kepada Buriram United, tahniah dan semoga berjaya di pusingan seterusnya,” ucap Tunku Ismail.

Fokus utama JDT selepas ini akan tertumpu kepada aksi final Piala Malaysia menentang Sri Pahang pada 12 April hadapan dalam usaha mempertahan kejuaraan selain merangkul piala ke-4 musim ini

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments