Justin Lim Dakwa MUSA Lepas Tangan Berkaitan Tanggungan Gaji Pemain
Dunia
NST
Advertisements

Pemilik Melaka United, Datuk Wira Justin Lim kesal dengan sikap lepas tangan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) yang mengabaikan kerjasama pihaknya bersama persatuan berkenaan.

Menurutnya, Melaka United yang dipegang oleh dua entiti yang pada dasarnya bertanggungjawab membiayai kos operasi syarikat secara bersama.

“Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini dan saya ingin menegaskan bahawa Kenteam Medical Sdn Bhd (“Kenteam”) selaku pemegang saham 70% dalam syarikat Melaka United Football Club Sdn Bhd (“MUFC”) telah melaksanakan tanggungjawabnya dari segi kewangan secara 100% bagi tahun 2021 dan 2022, selaras dengan perjanjian di antara Kenteam dan Melaka United Soccer Association (“MUSA”) iaitu pemegang saham 30% dalam MUFC yang telah diwakili oleh penama MUSA iaitu Datuk Kadir Abd Idris (“Datuk Kadir”), di mana perjanjian di antara Kenteam dan MUSA adalah bahawasanya segala tanggungjawab kewangan dalam MUFC (termasuk tetapi tidak terhad kepada gaji, kos operasi dll) hendaklah ditanggung secara bersama berdasarkan pegangan saham masing-masing dalam MUFC.

Advertisements

“Sebagai rekod, Datuk Kadir adalah bekas Setiausaha Sulit kepada YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali, di mana Datuk Kadir telah diarahkan untuk memegang 30% saham dalam MUFC sebagai penama bagi pihak MUSA.

Justin turut mendakwa, MUSA tidak menunaikan tanggungjawabnya selaku pemilik bersama kelab dan tidak mengeluarkan sebarang wang seperti dalam perjanjian.

“Pihak Kenteam akan terus mengejar MUSA selaku pemegang saham 30% dalam MUFC untuk memastikan pihak mereka melaksanakan tanggungjawab mereka yang sehingga kini masih belum membayar walaupun satu sen pun. Untuk makluman, pihak kami telah membuat tuntutan daripada MUSA dan komunikasi telah pun bermula dari Ogos 2022, tetapi perkara ini tidak diambil peduli oleh mereka yang akhirnya mengakibatkan pasukan MUFC tidak bermain di Piala Malaysia dan tidak mendapat Lesen Kebangsaan 2023.

Advertisements

“Disebabkan ini, Kenteam telah mengambil keputusan untuk menjual 70% saham MUFC kepada pihak yang berminat bagi meningkatkan dana syarikat dan menyelesaikan hutang – hutang yang tertunggak. Proses rundingan ini telah berlangsung dan pihak berminat telah diberikan masa 30 hari untuk memuktamadkan perjanjian jual beli.

“Apa yang lebih mengecewakan lagi, terdapat khabar angin melalui sidang akhbar bahawa MUSA telah mengambil sikap lepas tangan dengan menubuhkan pasukan baru untuk bertanding di Liga M3 dengan niat dan tujuan untuk mengendahkan tanggungjawab mereka kepada MUFC.

“Akibat daripada tingkah laku MUSA dengan menubuhkan pasukan baru, permohonan MUFC untuk bertanding di Liga M3 juga telah ditolak oleh Ameteur Football League (AFL) disebabkan tidak mendapat pencalonan dan pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka.

Advertisements

“Semua perkara yang terjadi ini ini telah dimaklumkan kepada semua pihak dalam kelab ini termasuk jurulatih, pemain dan sekretariat terlebih awal pada ketika pihak pengurusan kelab memerlukan kerjasama semua pihak bagi menyelesaikan isu perlesenan.

“Akhir kata, saya ingin menyatakan bahawa saya dan Kenteam telah melakukan segala-galanya dan telah memberikan 100% komitmen kepada kelab bolasepak negeri Melaka. Walaubagaimanapun, ia amat mengecewakan apabila pemegang saham lain dalam MUFC bersikap tidak bertanggungjawab terhadap kebajikan pemain-pemain dan kakitangan MUFC dan hanya melepaskan tangan sahaja. Oleh itu, dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat lagi meneruskan untuk berjuang kepada kelab bolasepak negeri Melaka jika terdapat sikap lepas tangan daripada pemegang saham lain dalam MUFC iaitu MUSA dan pihak Kenteam akan teruskan dengan hasratnya untuk menjual 70% saham dalam MUFC kepada pihak yang berminat,” katanya di laman media rasmi MUFC.

Sebelum ini tular permasalahan dari para pemain yang menyatakan tidak menerima gaji lebih dari 5 bulan dari pihak Melaka United dan ianya menerima perhatian serius penyokong bola sepak Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram