Advertising
“Kali Ini Rezeki Kita” – Faisal Halim
MakanBola
FA Malaysia

Pemain sayap pasukan negara, Faisal Halim menganggap rezeki memihak kepada Malaysia selepas berjaya menewaskan Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan pasukan bimbingan Kim Pan-gon berjaya melakar kebangkitan menakjubkan untuk menumbangkan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3.

Beliau ketika ditemui selepas perlawanan tersebut mengakui tidak menjangka akan menjaringkan tiga gol dalam tempoh 30 minit untuk meraih tiga mata.

Ad

Pemain sayap Selangor FC ini juga muncul wira apabila jaringannya pada masa kecederaan untuk memastikan permulaan cemerlang buat negara.

Ad

“Pemain dan pasukan dapat memberikan segalanya dari minit pertama dan kita tak sangka mendapat keputusan seperti ini.”

Ad
Ad

“Kita usaha sampai ke minit akhir dan kali ini memang rezeki kita. Pemain sudah melakukan yang terbaik,” jelasnya kepada MakanBola.

Ad

Beliau juga menganggap karakter Kim Pan-gon yang tegas menyebabkan para pemain sentiasa bersemangat untuk bangkit beraksi sebaik mungkin.

Malaysia bakal beraksi kurang sebulan sahaja lagi di pentas Piala Asia untuk sekurang-kurangnya memperbaiki kedudukan ranking FIFA.