Kapten Kembar Cipta Sejarah Unik Julang Piala Buat Pasukan
Dunia
Goal.com
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 22 Sept – Pasukan Negeri Sembilan FC telah sah ditabalkan sebagai juara Liga Premier musim ini setelah mencatatkan kemenangan ke atas pasukan PDRM FC semalam. Pasukan kendalian K. Devan itu berjaya menewaskan PDRM FC dengan keputusan 4-2.

Untuk rekod, kali terakhir Negeri Sembilan FC memenangi sebarang piala adalah pada tahun 2011. Musim ini NSFC hadir dengan wajah baharu dan kehadiran lagenda Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak sekaligus memberi hasil dan membawa tuah buat pasukan.

Zaquan Adha telah ditugaskan sebagai kapten pasukan NSFC dan beliau berjaya mengemudi barisan serangan dengan baik. Beliau sebelum itu menegaskan kepulangannya ke Negeri Sembilan adalah untuk berbakti sepenuhnya kepada negeri tercintanya itu dan bukan untuk menghabiskan sisa baki karier.

Advertisements

“Saya mengharapkan satu result yang positif untuk tahun ini. Saya pun dah berjanji dalam diri saya sekiranya saya pulang ke Negeri Sembilan, saya bukan balik untuk menghabiskan karier saya. Sekurangnya saya dapat berbakti pada Negeri Sembilan.”

Dalam saingan Liga Premier kali ini, Zaquan atau lebih mesra disapa dengan panggilan ‘adik’ berjaya meledak sebanyak 7 jaringan gol untuk musim ini. Beliau merupakan antara penjaring tempatan terbanyak dalam saingan Liga Premier 2021.

Sama ada suratan atau kebetulan, Zaquan Adha selaku kapten telah membawa kegemilangan buat Skuad Jang pada musim ini. Begitu juga dengan kembarnya, Aidil Zafuan yang turut membantu JDT merangkul kejuaraan Liga Super lapan kali berturut-turut selaku kapten.

Advertisements

Kita sedia maklum, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak ialah abang kepada Zaquan Adha. Detik bermakna buat Aidil pada musim ini turut hadir apabila sekali lagi beliau dan JDT menjulang piala berprestij liga super. Dengan pengalaman dan pengorbanan Aidil pada JDT sejak 2013, musim ini beliau telah dilantik menjadi kapten pasukan.

Pasangan kembar yang menjadi kapten buat pasukan masing-masing ini telah memahat nama mereka dalam sejarah bola sepak Malaysia. Pencapaian unik yang diraih Aidil dan Zaquan ini pasti akan terus diperingati. Abang dengan piala Liga Super manakala adik dengan piala Liga Premier.

Walaupun sudah mencecah usia 34 tahun, khidmat pasangan kembar ini pastinya akan terus ditagih pasukan masing-masing dalam saingan musim depan. Aidil dan Zafuan sama-sama akan berentap dalam saingan Piala Malaysia kelak menyaksikan Negeri Sembilan diundi dalam Kumpulan C bersama Kedah dan Melaka manakala JDT akan bersaing dalam Kumpulan D.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram