Advertising
Khuzaimi Piee Patah Tangan
Liga Super
MakanBola
Selangor FC

Pertahanan kental Selangor, Ahmad Khuzaimi Piee disahkan mengalami kecederaan patah tulang pada bahagian tangan menjelang aksi Liga Super menentang Kelantan Darul Naim (KDN) pada Sabtu.

Selangor dan KDN akan bertemu dalam aksi tertunda Liga Super minggu ke-21 di Stadium MBPJ dengan kelab dari Pantai Timur itu bakal turun sebagai pasukan tuan rumah kali ini.

Ad

Persiapan Selangor tampak berjalan seperti sedia kala ketika ini meskipun pada bulan Ramadan dengan hanya waktu sesi latihan yang diubah selain berpesan untuk menjaga keadaan badan masing-masing.

Ad

”Kami hanya ubah masa latihan pada bulan Ramadan ini dan saya memberitahu pemain supaya fokus kepada pemakanan, minuman serta waktu tidur agar diuruskan dengan baik,” kata Kinoshi.

Kinoshi juga mengesahkan bahawa tonggak pertahanan The Red Giants iaitu Ahmad Khuzaimi Piee baru selesai menjalani pembedahan setelah mengalami patah tulang di tangan.

Ad

”Jimmy (Khuzaimi Piee), mengalami patah tulang di bahagian tangan dan beliau telah selesai menjalani pembedahan,” kata jurulatih dari Jepun itu ketika sidang media pra perlawanan.

Ad

”Jadi, beliau (Khuzaimi) tidak dapat sertai skuad (menentang Kelantan DN),” tambah Kinoshi lagi.

Ad

Walau bagaimanapun, menerusi laporan oleh wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, kelibat Khuzaimi masih kelihatan di sesi latihan pasukan Selangor sungguhpun baru selesai menjalani pembedahan.

Aksi KDN vs Selangor akan berlangsung pada Sabtu, 8 Mac ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya dengan sepak mula tepat jam 10 malam.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments