Lepas Dapat IC, Sergio Aguero Diburu Kelab Lain

Sergio Aguero Sri Pahang FC Lepas Dapat IC, Sergio Aguero Diburu Kelab Lain
Foto: Sri Pahang FC
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Nama Sergio Aguero kebelakangan ini popular terutama dengan kisahnya mengundi di Parlimen Indera Mahkota, Pahang semasa PRU Ke-15. Dan disebabkan statusnya sebagai pemain naturalisasi, khidmat bekas penyerang Melaka United itu mula diintai kelab-kelab Liga Malaysia.

Ini didedahkan dalam satu ciapan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran di Twitter semalam. Difahamkan majikannya, Sri Pahang mahu mengekalkan khidmatnya bagi membantu kelab menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Advertisements

Awal tahun ini, Sri Pahang sudah menggerakkan rancangan untuk menukar status Aguero dan Lee Tuck sebagai pemain naturalisasi tempatan. Usaha tersebut bagaimanapun dapat direalisasikan pada September lepas selepas rayuan pasukan tersebut diterima oleh MFL.

Bagaimanapun, pada masa sama, penyerang berdarah Argentina itu turut diburu kelab-kelab Liga Malaysia yang berpangkalan di Lembah Klang dan utara tanah air. Sekiranya Aguero meninggalkan Sri Pahang, pasukan-pasukan ini berharap kehadirannya dalam pasukan mereka dapat menambah bisa di bahagian serangan.

Advertisements

Walau apa pun pilihan Aguero sama ada kekal bersama Sri Pahang atau menyertai pasukan lain, kehadirannya bakal menambah kualiti pasukan yang dipilih. Selain itu, dengan statusnya sebagai pemain naturalisasi, ia turut membuka satu lagi slot kosong pemain import kepada mana-mana pasukan terutama yang bertanding dalam saingan Piala AFC musim hadapan.