Advertisement
Liga Super: Aksi JDT vs Sabah Catat Kehadiran Tertinggi Minggu 18
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jumlah penonton bagi perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Sabah telah merekodkan kehadiran tertinggi untuk saingan Liga Super minggu ke-18.

Saingan Liga Super kembali membuka tirai pada 10 Januari lalu setelah hampir 3 minggu berehat dengan 6 perlawanan menarik dan mencuri tumpuan berlangsung di aksi minggu ke-18.

Kelantan DN dan Kedah Darul Aman memulakan aksi pada Jumaat yang menyaksikan Sang Kenari mengutip 3 mata tatkala Negeri Sembilan bangkit atasi Sri Pahang di Paroi.

Sementara, Kuching City berjaya mencuri 3 mata dari PDRM di Selayang dan juara bertahan, JDT berpesta gol tewaskan Sabah meskipun Sang Badak berusaha memberi tentangan sengit.

Aksi tumpuan antara Selangor dan KL City berakhir dengan kemenangan buat Gergasi Merah di Kelana Jaya sementara Penang serta Perak terikat seri dalam aksi penuh dramatik.

Selain pelbagai aksi menarik yang berlaku sepanjang minggu ini, kehadiran penonton di stadium-stadium turut memainkan peranan dalam merancakkan senario dan saingan Liga Super.

Bagi saingan minggu ini, aksi antara JDT vs Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri merekodkan jumlah kehadiran tertinggi iaitu seramai 11,363 penonton di venue perlawanan.

Kehadiran kedua tertinggi dicatatkan di Stadium MBPJ yang menjadi gelanggang untuk aksi Derbi Lembah Klang antara Selangor vs KL City dengan seramai 5,690 penonton yang hadir.

Tidak jauh di belakang adalah aksi antara Penang vs Perak di Stadium Bandaraya yang menyaksikan 2,002 orang penonton yang hadir untuk memberikan sokongan buat dua kelab utara itu.

3 perlawanan merekodkan jumlah tiga angka bagi kehadiran penonton dengan aksi Negeri Sembilan bertemu Sri Pahang dihadiri seramai 346 penyokong diikuti aksi Kelantan DN vs Kedah (338 penonton).

Satu lagi pertemuan melibatkan PDRM dan Kuching City di Selayang hanya sekadar mencatatkan 117 orang penonton sekaligus menjadi aksi dengan jumlah kehadiran terendah.

Saingan Liga Super akan berehat seketika bagi memberikan laluan untuk kempen Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup yang akan berlangsung pada 17 Januari hingga 19 Januari ini.

Kehadiran Penonton Aksi Liga Super Minggu Ke-18

Kelantan DN vs Kedah Darul Aman – 338 penonton.
Negeri Sembilan vs Sri Pahang – 346 penonton.
PDRM vs Kuching City – 117 penonton.
JDT vs Sabah – 11,363 penonton.
Selangor vs KL City -5690 penonton.
Penang vs Perak – 2002 penonton.

Sumber: Malaysian Football League (MFL).