Live: Malaysia vs Cape Verde, Kesebelasan Utama & Siaran TV Persahabatan Tier 1
MakanBola
Malaysia NT/FCFComunica

Para penyokong dapat menonton aksi persahabatan tier 1 antara Malaysia vs Cape Verde di Cheras secara langsung.

Pertemuan mengujakan ini bakal menjadi tumpuan tatkala ini merupakan salah satu ujian pemanas badan kepada Harimau Malaya sebelum bertemu Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia.

Menurut Peter Cklamovski, pemilihan lawan seperti pasukan Cape Verde yang hebat ini bakal menjadi suatu ujian terbaik untuk pemain setelah berehat panjang apabila liga berakhir.

“Ini bagaikan aksi pra-musim buat kami, 10 aksi bermain dengan pasukan hebat seperti ini, adalah satu ujian baik untuk kami,” ujar Peter Cklamovski ketika sesi sidang media.

Berdasarkan ranking FIFA semasa, pasukan Cape Verde ini tampak memiliki sedikit kelebihan apabila berada di tangga ke-72 dunia berbanding Malaysia di kedudukan ke-131 dunia.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Cape Verde

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Cape Verde

Tarikh: 29 Mei 2025 (Khamis).
Masa: 9 malam.
Venue: Stadium Cheras.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.