Perlawanan pertama kumpulan B FIFA Youth Series 2025 akan menyaksikan pertemuan Malaysia vs Paraguay pada Ahad.
Skuad kendalian Javier Jordan Ribera ini baru sahaja terbang ke Zurich, Switzerland bagi menghadapi kejohanan jemputan FIFA di sana bersama 5 lagi negara di peringkat umur bawah 17 tahun.
Seramai 22 orang pemain telah dibawa bagi menyarung jersi skuad muda Harimau Malaya ini setelah berakhir kem latihan pusat yang diadakan selama satu minggu di MSN, Bukit Jalil.
Majoriti pemain yang dibawa datangnya dari skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-16 manakala 7 pemain merupakan produk Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk Arayyan Hakeem Norizam dan Carrick Sipri.
Kumpulan A dibarisi oleh Switzerland (Eropah), New Zealand (Oceanie) dan Guatemala (Amerika Utara) tatkala Kumpulan B pula menampilkan Malaysia (Asia), Tunisia (Afrika) dan juga Paraguay (Amerika Latin).
Untuk saingan Kumpulan B, Malaysia akan turun berdepan Paraguay pada Ahad, 18 Mei dan diikuti menentang Tunisia pada Isnin, 19 Mei sekaligus melengkapkan aksi di peringkat kumpulan.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Paraguay
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Malaysia vs Paraguay
Tarikh: 18 Mei 2025 (Ahad)
Masa: 4.50 petang waktu Malaysia
Venue: Zurich, Switzerland.
Siaran Langsung: FIFA+.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.