Advertising
Muncul Naib Juara Di China,  Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin Tembusi Kelompok 20 Terbaik Dunia
UltraSukan
BA Malaysia
Sponsors

Kejayaan beregu campuran Malaysia, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin meraih gelaran naib juara di China Masters membantu melonjakkan kedudukan ranking.

Pang Ron-Su Yin hadir ke Shenzhen selaku pasangan bukan pilihan di China Masters dengan berada di kedududukan ke-23 dunia sejak mula digandingkan pada November 2023.

Ad

Walau bagaimanapun itu tidak menghalang pasangan negara ini mencipta kejutan dengan menumbangkan satu demi satu lawan di setiap pusingan untuk mara ke final Super 750 buat kali pertama.

Ad

Antara jaguh yang berjaya ditewaskan oleh Pang Ron-Su Yin adalah beregu pilihan tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di pusingan kedua dalam masa 51 minit pada Khamis lalu.

Pang Ron-Su Yin juga berjaya menyingkirkan beregu ketujuh dunia, Tang Chun Man-Tse Ying Suet di separuh akhir dalam aksi yang memakan masa 65 minit untuk mara ke perlawanan akhir.

Ad

Di final, Pang Ron-Su Yin memberikan saingan sengit kepada Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China sebelum tumpas dalam pertarungan epik yang memakan masa 1 jam 33 minit.

Ad

Selaku naib juara, gandingan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin berjaya membawa pulang wang kemenangan USD40,250 sekitar RM179,834 dan 9,350 tambahan mata ranking.

Ad

Tambahan 9,350 mata ranking ini turut membantu Pang Ron-Su Yin melonjak lima anak tangga dalam kedudukan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk berada di tempat ke-18.

Untuk rekod, ini merupakan pencapaian ranking terbaik buat Pang Ron-Su Yin apabila berjaya menembusi kelompok 20 terbaik dunia meskipun baru setahun digandingkan bersama.

Dengan berada di kedudukan ke-18 dunia, Pang Ron-Su Yin kini mengumpul 54490 mata selain berjaya memintas rakan senegara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing di ranking ke-20 ketika ini.

Dua lagi pasangan negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Goh Soon Huat-Shevon Lai masih mengekalkan kedudukan dalam kelompok 10 terbaik dunia menjelang World Tour Final nanti.