Nafuzi Sah Tolak Sambung Kontrak Dengan Terengganu

Nafuzi Zain Kpah Sherman Terengganu FC Nafuzi Sah Tolak Sambung Kontrak Dengan Terengganu
Terengganu FC
Azim Noor @mohdazim45
4:55pm 15/11/2022

Selepas kemelut kontrak timbul membabitkan Terengganu dengan jurulatih mereka, Nafuzi Zain, teka-teki tentang masa depan jurulatih tersebut akhirnya terjawab.

Dalam satu sidang media hari ini, CEO TFC Ab Rasid bin Jusoh mengesahkan bahawa Nafuzi telah menjawab surat tawaran kontrak mereka semalam dan menolak tawaran kontrak baru yang dinyatakan.

Ab Rasid turut memberitahu media Nafuzi tidak akan direhatkan dan akan terus membimbing skuad Penyu sehingga tamat kempen Piala Malaysia.

Dengan penolakan kontrak tersebut, nama jurulatih berusia 44 tahun itu akan menjadi rebutan pasukan-pasukan Liga Malaysia untuk saingan musim hadapan.

Antara pasukan yang sebelum ini dikatakan mahu mendapatkan khidmat Nafuzi ialah Kedah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Aidil Sharin Ishak.