Piala Malaysia: Selangor Ke Final Jumpa JDT Tewaskan Terengganu
Dunia
unifi
Advertisements

Selangor kembali ke zaman kegemilangannya selepas berjaya menewaskan Terengganu secara agregat 3-2 sekaligus mara ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2022 bertemu JDT.

Kali terakhir Selangor mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia adalah pada tahun 2016 menentang pasukan Kedah di Stadium Shah Alam.

Dalam perlawanan separuh akhir timbal balik ke-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, tuan rumah cemerlang membuat asakan dari minit pertama dan akhirnya memperoleh jaringan pertama menerusi jaringan Tchetche Kipre pada minit ke-36.

Advertisements

Bersambung babak ke-2 Terengganu menggandakan asakan dan memperoleh beberapa peluang keemasan untuk memperoleh jaringan.

Perlawanan berakhir dengan Terengganu berjaya menewaskan Selangor 1-0 namun gagal mara ke perlawanan akhir secara agregat.

Kelebihan jaringan 3 gol yang dibawa dari Petaling Jaya digunakan sebaiknya anak buah Tan Cheng Hoe untuk menekan Terengganu untuk keseluruhan 90 minit permainan.

Advertisements

Dalam aksi separuh akhir pertama tempoh hari, Selangor berjaya menewaskan Terengganu 3-1 dan kesemua gol dijaringkan menerusi sepakan sudut.

Selangor bakal bertemu JDT di perlawanan akhir pada Sabtu, 26 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam aksi separuh akhir di Stadium Sultan Ibrahim semalam, Johor Darul Ta’zim mara bergaya menewaskan Sabah secara agregat 4-1.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram