R. Kogileswaran Terima Tawaran Lebih Daripada Satu Kelab Di Korea
Dunia
Kogiraj21
Advertisements

Beberapa hari lepas, bekas pemain sayap PJ City R. Kogileswaran sah menyertai kelab Liga Korea 2, Chungbuk Cheongju. Tetapi tidak ramai tahu, dia sebenarnya turut diintai oleh pesaing Chungbuk, Chungnam Asan.

Hal ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran menerusi ciapan Twitternya dua hari lepas.

Sebelum perpindahannya ke Chungbuk disahkan, khidmat Kogi diintai banyak kelab luar termasuk kelab-kelab Liga Thailand dan Tampines Rovers (Singapura).

Advertisements

Selepas dua kelab Liga Korea 2 itu membuat tawaran kontrak, dia mendapati tawaran Chungbuk lebih menarik daripada Chungnam. Pada masa sama, dia turut merujuk perpindahan ini kepada jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon.

Nasihat yang diberi bekas pengarah teknikal KFA itu dan peluang beraksi di Liga Korea sudah cukup untuk mendorong Kogi menerima lamaran Chungbuk. Ketika ini, dia sedang menjalani program pra-musim di Thailand bersama pasukan barunya itu.

Perpindahan ini bukan saja menjadikan Kogi pemain Malaysia pertama beraksi di Liga Korea. Malah, ini menjadikannya pemain ASEAN kedua beraksi di liga tersebut selepas bek kanan Indonesia, Asnawi Mangkualam.

Advertisements

Asnawi ketika ini beraksi dengan satu lagi kelab Liga Korea 2, Ansan Greeners. Tetapi sekiranya ura-ura perpindahannya ke Jeju United tidak menjadi kenyataan, dia dan Kogi akan disertai oleh penyerang baru Seoul E-Land dari Vietnam, Nguyen Van Toan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram