Rahsia Disebalik Dana Bantuan TMJ Ganti Padang SNBJ Dan Kaitannya Dengan Barcelona
Dunia
Advertisements

Penyokong bola sepak Malaysia rata-ratanya berterima kasih kepada TMJ kerana membantu Perbadanan Stadium Negara menggantikan rumput sedia ada yang menggunakan rumput kerbau kepada Zoysia yang turut digunakan di Stadium Sultan Ibrahim.

Umum mengetahui kualiti rumput terbaru di Stadium Sultan Ibrahim yang jelas berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa yang turut dijaga rapi sehinggakan ‘benih’ rumput dari luar langsung tak diberikan kesempatan untuk membiak merosakkan rumput baka Zoysia.

Permasalahan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil bukan isu baru malah ianya telah berlanjutan cukup lama sehinggakan dana jutaan ringgit dihabiskan untuk mencari mekanisma terbaik menemui jalan buntu.

Advertisements

Sumbangan TMJ

Sumbangan diberikan TMJ kepada Perbadanan Stadium disambut baik majoriti penyokong bola sepak Malaysia yang berpuas hati dengan kualiti rumput di Stadium Sultan Ibrahim.

Kelebihan Buat Harimau Malaya

Penggantian rumput sekarang kepada baka Zoysia akan memberikan kelebihan kepada skuad kedanlian Kim Pan-gon yang majoritinya diwakili pemain JDT.

Dalam senarai awal 30 pemain yang diumumkan baru-baru ini, 14 darinya adalah pemain JDT yang sudah biasa dengan rumput baka Zoysia.

Advertisements

Kajian Rumput Di Bukit Jalil & Barcelona

Kajian jenis rumput yang bersesuaian dengan Stadium Nasional Bukit Jalil bukanlah isu baru malah ianya kerap ditukar dengan pelbagai baka rumput namun saban tahun ianya kerap menerima maklum balas negatif pasukan pelawat yang beraksi di SNBJ.

Rata-rata pemain dari luar negara tidak selesa dengan keadaan rumput di SNBJ yang dianggap melajukan pergerakan bola pada tahap tidak normal tidak seperti di Eropah dan negara maju lain.

Pada Ogos 2013 ketika Bercelona hadir ke Malaysia, berlaku perubahan venue saat akhir daripada Stadium Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam.

Advertisements

Walaupun tiada kenyataan rasmi diberikan, namun para wartawan mengesyaki ianya disebabkan keadaan padang dan jenis rumput di Bukit Jalil menjadi punca utama pertukaran saat akhir.

Pegawai Barcelona memeriksa padang dan menyampaikan kekecewaan kepada penganjur namun penganjur tidak mahu menukar stadium.

Selepas pemain menyertai sesi latihan di padang, para pemain jelas kecewa dan mesyuarat tergempar diadakan selepas itu di Hotel One World selepas para pemain mengugut untuk membatalkan perlawanan.

Advertisements

Kos Zoysia Tidak Mahal Jika Ianya Diurus Dengan Betul

Selepas TMJ mengumumkan dana bantuan tersebut, Baginda lantas menandatangani cek seperti yang diumumkan di Johor Southern Tigers kerana TMJ sudah tahu kos sebenar yang diperlukan untuk pemasangan rumput bertaraf dunia tersebut.

Ketua Groundsman JDT, Nigel Taylor turut menjelaskan rumput Zeon Zoysia sangat bersesuaian dengan cuaca di Malaysia dan ianya mudah dijaga tidak seperti baka rumput lain.

Sebelum ini Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang untuk menaiktaraf padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan menukarkan padang sedia ada kepada padang jenis ‘zeon zoysia’ namun kosnya difahamkan sebanyak RM10 juta.

Walaubagaimanapun, menurut beberapa sumber, pihak JDT hanya memerlukan RM1.4 juta untuk menanam rumput Zeon Zoysia dan kos penjagaanya setiap tahun tidak melebihi RM300,000.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram