Advertising
Samu Castillejo Teruja Mula Karier Bersama JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tonggak import baru Johor Darul Ta’zim (JDT), Samu Castillejo teruja kerana dapat bersama pasukan itu.

Pemain sayap berusia 30 tahun itu menjadi pemain terbaru Harimau Selatan selepas perpindahannya diumumkan pada 27 Februari lalu.

Ad

Selepas perpindahan beliau dimuktamadkan, Castillejo mengakui teruja dengan pengembaraan baharu di bumi Asia bersama JDT.

Ad

“Saya sangat teruja untuk memulakan pengembaraan baharu bersama JDT. Kita (akan) berikan segala-galanya (demi pasukan),” katanya di Instagram.

Sebaik hantaran itu disiarkan, ramai bekas rakan sepasukan beliau dari Malaga mengucapkan selamat berjaya buat Castillejo.

Ad

Antara yang berbuat demikian ialah pemain tengah veteran Argentina, Fernando Tissone, Francisco Portillo dan Rafa de Vicente.

Ad

Sebelum berkelana ke Malaysia, Castillejo pernah beraksi untuk Malaga, Valencia, Sassuolo, A.C Milan dan Villareal.

Ad

Beliau yang mampu beraksi sebagai pemain sayap kanan dan kiri dibawa masuk bagi memperkukuh kempen JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments