Selangor Intai Khidmat Victor Nirennold
Dunia
@scotpremplayers
Advertisements

Selangor menamatkan kempen Liga Malaysia dengan kuat walaupun tunduk 2-1 kepada JDT dalam final Piala Malaysia semalam. Dan bagi memastikan Gergasi Merah tampil lebih ampuh pada musim seterusnya, pengurusan Selangor mensasarkan khidmat bek tengah Perancis Victor Nirennold.

Minat Selangor untuk mendapatkan khidmat bekas graduan akademi Stade Rennes itu didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran. Merah Kuning melihat kehadiran bekas bek tengah Fleetwood Town itu dapat menambah kualiti pada barisan pertahanan mereka.

Nama Nirennold sebenarnya tidak asing dalam kalangan peminat Liga Malaysia. Ini kerana dia pernah beraksi bersama UiTM FC selama dua musim dari 2020 hingga 2021. Selain Fleetwood dan UiTM FC, Nirennold juga pernah beraksi bersama FK Senica, Motherwell dan FC Miami City.

Advertisements

Jika minat Selangor ini dapat diterjemah dalam bentuk perpindahan, ada seorang rakan lama dari UiTM FC juga bakal menyertai kelab sama iaitu Ahmad Khuzaimi Piee. Khuzaimi dan Nirennold menjadi tonggak penting pertahanan UiTM FC sekitar 2020 hingga 2021. Seperti Nirennold, bek tengah pasukan kebangsaan dan Negeri Sembilan itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor.

Sekiranya dua perpindahan ini menjadi realiti, gandingan Nirennold dan Khuzaimi dijangka menjadi orang besi pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu. Tetapi khabar angin ini turut menimbulkan persoalan tentang masa depan bek tengah Jordan, Yazan Al-Arab bersama Selangor. Dikhabarkan beberapa kelab Liga Malaysia telah menyatakan minat mendapatkan Yazan untuk memperkukuh pertahanan mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram