Advertising
Selangor Lancar Kempen Solidariti Buat Faisal Halim
Liga Super
MakanBola
Selangor FC

Berikutan insiden menyayat hati yang menimpa Faisal Halim, Selangor FC mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen solidariti bersama orang ramai.

Menerusi hantaran di media sosial rasmi pasukan Selangor FC, satu kempen solidariti telah digerakkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa unsur keganasan tidak mempunyai tempat dalam sukan bola sepak.

Ad

Kempen ini juga mengingatkan orang ramai agar sentiasa bersama membanteras segala bentuk keganasan yang muncul dalam semua sukan khususnya bola sepak bagi menyatukan hubungan di antara satu sama lain.

Ad

Selain itu, tujuan Selangor FC menggerakkan kempen ini bagi mengajak seluruh masyarakat agar memberikan sokongan penuh buat tonggak utama pasukan, Faisal Halim yang kini sedang bertarung nyawa selepas disimbah asid oleh individu misteri.

Faisal merupakan pemain sayap utama Selangor yang berjaya membantu skuad The Red Giants melayakkan diri ke pentas Asia musim ini dan antara tonggak penting skuad kebangsaan sehingga jaringannya di Piala Asia lalu kekal menjadi buah mulut peminat.

Ad

Sebagai tanda solidariti, Selangor FC mengajak orang ramai khususnya penyokong Merah Kuning untuk bersama-sama menukar default photo media sosial menggunakan gambar yang telah disediakan.

Ad

Dalam perkembangan sama, Faisal kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan telah menjalani beberapa siri pembedahan serta difahamkan ubat khas dari Australia akan dibawa khas untuk pemain berusia 26 tahun itu.

Ad

Selangor juga telah memohon agar aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) pada Jumaat ini ditunda dan kini perbincangan sedang dijalankan oleh pihak kelab dan penganjur liga.