Terengganu Umumkan Sardor Kulmatov Selaku Import Baharu
Dunia
Sogdiana jizzax
Advertisements

Selepas menanti lama, akhirnya sah sudah ura-ura yang diperkatakan sebelum ini. Sardor Kulmatov sah menjadi awang import Terengganu terbaru selepas Sony Norde dan Adisak Kraisorn.

Pengumuman perpindahan ini diumumkan oleh Terengganu FC (TFC) menerusi siaran laman media sosial mereka hari ini.

Bek tengah Uzbekistan itu menghabiskan sebahagian besar karier permainannya dengan Sogdiana Jissakh dan membuat 143 penampilan bersama Sogdians. Menariknya, peminat-peminat KL City sudah berpeluang melihat Kulmatov kerana Sogdiana Jissakh merupakan lawan KL City di Final Antara Zon Piala AFC musim lepas.

Advertisements

Kulmatov bakal menjadi orang besi di bahagian pertahanan skuad Penyu musim depan. Ini selepas khidmat Pape Diakite tidak diperbaharui oleh pengurusan TFC musim lepas.

Dengan Kulmatov sah menyarung jersi skuad Penyu, kini fokus TFC terarah kepada penyerang Croatia, Ivan Mamut. Sebelum ini, sudah wujud ura-ura TFC mahu membawanya bagi mengukuhkan jentera serangan mereka.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram