Trio Import Terengganu Jadi Rebutan
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Susulan kekalahan Terengganu kepada Selangor dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia semalam, pengurusan skuad Penyu mula membuat perancangan untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Selain mengumumkan bekas jurulatih T. Team, Tomislav Steinbruckner sebagai pengganti Nafuzi Zain, kesemua pemain import Terengganu musim ini kecuali Habib Haroon turut digugurkan daripada skuad Penyu musim hadapan.

Tetapi ini bukan bermakna jodoh Pape Diakite, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre bersama Liga Malaysia sudah berakhir. Ini kerana beberapa kelab sudah mula mengintai mereka bagi memantapkan kesebelasan utama yang sedang dibentuk.

Advertisements

Dengan Nafuzi sah bergelar jurulatih Kedah musim depan, pastinya bekas jurulatih Penyu itu mahu memperkuat barisan Helang Merah dengan pemain-pemain terbaik. Ini termasuk membawa beberapa pemain yang pernah beraksi di bawah bimbingannya.

Sherman dikhabarkan bakal menyertai Kedah musim hadapan. Nama Sherman bukan asing bagi penyokong Helang Merah kerana pernah beraksi bersama Kedah selama dua musim dengan rekod 19 gol. Bisa penyerang Liberia itu akan ditagih bagi menajamkan barisan serangan pasukan utara tanah air itu.

Selain Sherman, Kipre juga turut dikaitkan dengan kepulangan ke pasukan Kedah selepas beraksi dengan mereka selama dua musim. Bagaimanapun, Sabah yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee turut menyatakan minat untuk mengikat khidmat bekas penyerang Al-Suwaiq itu.

Advertisements

Manakala Diakite dikatakan diintai oleh beberapa kelab Asia sebagai tonggak pertahanan. Dengan ketinggian 1.94 meter dan ketenangan mengemudi pertahanan Penyu musim ini, tidak hairanlah mengapa bekas pemain Ho Chi Minh City itu menjadi buruan kelab-kelab untuk musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram