Ads
Wartawan Korea Selatan Lapor Kim Pan-gon Calon Utama Ke Ulsan HD
Transfer
FA Malaysia

Khabar angin membabitkan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon semakin kuat apabila difahamkan bakal kembali ke Korea Selatan sebagai calon pengendali Ulsan HD.

Advertisements

Terdahulu, Kim Pan-gon mengumumkan perpisahan beliau bersama skuad kebangsaan dalam satu sesi sidang media pada Rabu setelah dua tahun mengemudi pasukan negara sejak 2022.

Advertisements

“Kepada penyokong bola sepak Malaysia, hari ini saya ada mesej yang sedih kepada semua. Saya telah memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Malaysia atas sebab peribadi,” ucap Pan-gon.

Advertisements
Advertisements

Walau bagaimanpun, beliau tidak memaklumkan mengenai perancangannya selepas ini lagi meskipun terdapat ura-ura yang mengatakan Pan-gon bakal kembali pulang ke negara kelahirannya, Korea Selatan.

Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, khidmat jurulatih berusia 55 tahun ini sedang diintai oleh juara K-League 1 iaitu Ulsan HD bagi menggantikan tempat Hong Myung-bo.

Advertisements

“Ulsan HD FC punca Kim Pan Gon tinggalkan Harimau Malaya? Difahamkan pengendali ini bakal kembali ke bekas pasukannya selepas 28 tahun, setelah menerima tawaran sebagai pengendali juara K-League itu,” katanya di X.

Khabar angin ini dikuatkan lagi dengan laporan berita dari wartawan Xports News, Kim Jeong-hyeon yang melaporkan Pan-gon merupakan calon utama bagi mengisi kekosongan di Ulsan HD.

”Kim Pan-gon yang melakukan tugas cemerlang bersama skuad kebangsaan Malaysia dijangka kembali ke Korea Selatan. Destinasi mungkin ke Ulsan HD, bagi mengganti tempat Hong Myung-bo,” tulis Kim Jeong-hyeong.

Jawatan ketua jurulatih Ulsan HD kini masih lagi kosong setelah pengendali sebelum ini, Hong Myung-bo bersetuju untuk meninggalkan juara K-League 1 itu bagi mengemudi skuad kebangsaan Korea Selatan.

Advertisements

Dalam masa yang sama, tugas selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya kini diambil alih oleh Pau Marti Vicente sambil dibantu E. Elavarasan selain staf kejurulatihan yang masih kekal mengikut kontrak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram