JDT Lancar Jersi Baru, Nombor Jalil Elias Pula Diperhatikan
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain tengah JDT, Jalil Elias mencuri tumpuan para peminat apabila nombor jersinya turut kelihatan dalam video dan foto pelancaran tersebut.

JDT telah melancarkan jersi ketiga mereka pada Ahad dengan Arif Aiman, Romel Morales, Jalil Elias dan Nazmi Faiz telah dipilih untuk memperagakan jersi baharu berwarna hijau tersebut.

Namun ketika semua peminat rancak memperkatakan mengenai keunikan warna jersi keluaran Nike tersebut, nombor jersi pemain kebangsaan Syria ini pula telah mencuri perhatian.

Advertisements

Salah satu gambar yang dimuatnaik oleh Johor Southern Tigers memperlihatkan Jalil Elias memakai satu set pakaian lengkap jersi tersebut yang tertera nombor 7 di seluarnya.

Nombor 7 di JDT sebelum ini digunakan oleh pertahanan lagenda, Aidil Zafuan selama beberapa musim sehingga beliau diumumkan antara pemain yang dilepaskan oleh juara Liga Super 2023 itu Disember lalu.

Kini, Aidil yang menyertai skuad Harimau Selatan pada 2013 telah memulakan tugas baharunya di JDT sebagai salah seorang staf kejurulatihan pasukan bersama ketua jurulatih, Hector Bidoglio pada Mac.

Advertisements

Dengan ini, persoalan para peminat yang tertanya-tanya mengenai nombor jersi yang akan digunapakai oleh pemain tengah tersebut pada musim akan datang akhirnya terjawab.

Para peminat boleh mula mendapatkan jersi ketiga JDT ini secara eksklusif di JDT Direct Megastore di Stadium Sultan Ibrahim dengan harga RM189.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram