Ads
3 Penyerang Liga Super Ledak Gol Debut
Liga Super
Sabah FC

Tiga penyerang berbeza mula pamer belang apabila meledak gol dalam aksi debut Liga Super minggu ke-10.

Advertisements

Jendela perpindahan kedua yang dibuka beberapa minggu lalu menyaksikan rata-rata kelab di Liga Super mula merekrut pemain baharu bagi menambah sengat di jentera serangan.

Advertisements

Impak segera dapat dilihat dengan kemasukan penyerang-penyerang baharu ini apabila mereka tidak memerlukan masa yang lama bagi menempa nama sebagai penjaring dalam aksi pertama.

Advertisements
Advertisements

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Obregon yang dibawa masuk dari HNK Rijeka mula mencuri tumpuan peminat Harimau Selatan dengan dua gol ketika bertemu Penang.

Bekas penyerang B-20 Colombia itu mencetak gol pada minit ke-42 sebelum menambah satu lagi jaringan di babak kedua selepas menyambar bola yang muntah dari dakapan penjaga gol lawan.

Advertisements

Manakala, penyerang kebangsaan Jordan, Ali Olwan yang menyertai Selangor bulan lalu turun dalam aksi pertamanya dalam saingan Liga Super berdepan Kuching City di Stadium MBPJ.

Ketajaman Ali Olwan di hadapan gawang dibuktikan dengan satu gerakan cantik bagi melepasi kawalan pertahanan lawan sebelum mencipta jaringan ke-2 buat The Red Giants pada minit ke-67.

Sabah turut tidak ketinggalan untuk membawa penyerang baharu untuk menggantikan Ramon Marcado dan kemasukan Joao Pedro ternyata membawa kesan positif bagi skuad The Rhinos.

Pedro hanya memerlukan 10 minit untuk membuatkan nama beliau diingati para peminat Sabah dengan menjaringkan gol tunggal ketika mengikat Terengganu 1-1 di Likas pada Ahad.

Advertisements

Carta penjaring terbanyak ketika ini masih diketuai tonggak utama JDT, Bergson Da Silva dengan 10 gol diikuti oleh Paulo Josue dan Ronnie Fernandez dengan 7 gol masing-masing.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram