Advertising
5 Bintang Sensasi Hangatkan Pertembungan Kemboja vs Malaysia
MakanBola
FFC/FAM

Perlawanan pembukaan Piala Mitsubishi Electric Asean di antara Kemboja vs Malaysia bakal menyaksikan 5 pemain bintang menjadi tumpuan.

Skuad kebangsaan hadir ke Phnom Penh dengan misi besar melakar kemenangan dalam aksi pertama meskipun dibarisi gabungan tonggak senior dan pemain muda pada kejohanan dwitahunan ini.

Ad

Sementara cabaran dari pasukan Kemboja tidak lagi boleh dipandang mudah apabila pihak lawan ketika ini diperkuat seramai enam pemain naturalisasi bagi berdepan Harimau Malaya.

Ad

Di sebalik kehangatan perlawanan pertama edisi ini, seramai 5 orang pemain dari pasukan Laos dan Malaysia yang dilihat bakal menjadi tumpuan peminat kedua-dua negara pada aksi ini.

1- Stuart Wilkin

Ad

Tonggak tengah Sabah ini dijangka bakal menjadi nadi utama dalam merencana serangan pasukan negara sambil dibantu rakan sepasukan, Syamer Kutty, Endrick Dos Santos dan juga pemain lain.

Ad

Malah, bekas graduan akademi Southampton ini juga sudah mengumpul 22 kaps bersama Malaysia sejak debut pada tahun 2022 dan menyumbat 5 gol dengan terbaru ketika menewaskan Laos bulan lalu.

Ad

2- Syafiq Ahmad

Jentera serangan negara pada edisi kali ini dilihat cukup lengkap dengan kehadiran penyerang senior dan muda yang mampu memberi pilihan tambahan buat Pau Marti termasuklah Syafiq Ahmad.

Penyerang utama Kedah ini berkemungkinan besar menjadi pilihan untuk bermula sebagai kesebelasan utama dengan kelebihan Syafiq yang mampu untuk memenangi bola di udara dan menghasilkan gol menerusi tandukan.

3- Harith Haiqal

Di benteng pertahanan negara, Harith Haiqal yang dipanggil semula bagi menggantikan tempat Harith Samsuri dilihat calon terbaik untuk bergandingan bersama Dominic Tan di bahagian tengah.

Kemampuan untuk bertahan dan menjaringkan gol ketika situasi set pieces menjadi kelebihan pemain muda Selangor ini sambil Khuzaimi Piee dan Aiman Hakimi turut bersedia untuk turun beraksi.

4- Andres Nieto

Salah seorang daripada enam pemain naturalisasi Kemboja, Nieto dilihat antara ancaman besar buat benteng negara dengan rekod 11 penampilan dan 11 gol bersama Phnom Penh Crown musim ini.

Tonggak serangan kelahiran Colombia ini dijangka bakal melakukan penampilan pertama bersama Kemboja pada aksi ini dan sudah pastinya kelibat Nieto perlu diawasi khusus di bahagian sayap kiri.

5- Lim Pisoth

Baru berusia 23 tahun, nama Pisoth antara bintang muda Kemboja yang meletup sejak kebelakangan ini dan turut meraih pelbagai kejayaan di peringkat kelab.

Malah, laman rasmi Asean United turut menilai Pisoth sebagai antara pemain yang perlu diberi tumpuan untuk aksi ini dengan statistik 12 jaringan yang melibatkan beliau bagi musim ini bersama Phnom Penh Crown.

Kemboja dan Malaysia bakal bertemu dalam aksi pertama pada Ahad, 8 Disember di Stadium Olimpik Phnom Penh dengan sepak mula jam 6.45 petang.